Di sini saya nak memberi pandangan berkaitan kursus - kursus yang perlu di adakan kepada guru-guru ICT khususnya:
Kursus pembinaan halaman web menggunakan Content Management System Open Source.
Kursus Linux Operating System (sama ada Redhat Base, Debian Base), Solaris Operating System dan juga BSD Operating System (FreeBSD, NetBSD dan sebagainya) kerana sebahagian server yang dibekalkan ke sekolah menggunakan OS Linux.
Kursus membangunkan bahan P&P menggunakan Flash, web base dan sebagainya.
Saya mencadangkan kursus ini kerana atas keperluan yang tinggi di sekolah - sekolah. Sekiranya tiada kepakaran, saya boleh membantu memberikan kepakaran saya di dalam kursus - kursus di atas ini kerana saya merupakan pengerusi penaja kepada Persatuan Open Source Malaysia dan bersedia kongsikan kepakaran yang ada kepada kawan - kawan. TQ