Salam Sejahtera kepada Komuniti Perak dan Kota Kinabalu
Mesyuarat bersama Komuniti Perak terpaksa ditangguhkan pada awal tahun hadapan. Oleh kerana terdapat banyak permintaan kursus membangun laman web sekolah, kursus yang berkaitan telah dirancang. Untuk komuniti Perak, kursus dicadangkan di SK Sri Ampang manakala komuniti Kota Kinabalu, kursus akan diadakan di tempat sifu Sahibil di Maktab Sabah. Tujuan diadakan di sekolah-sekolah sifu adalah untuk menjadikan sekolah-sekolah berkenaan sebagai benchmark dalam kita menjayakan pelbagai inisiatif ICT di sekolah.