e-pol's blog

Salam Ramadhan dan Merdeka.

Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua ahli komuniti pendidikan bestari yang beragama islam dan selamat menyambut hari Kemerdekaan kali ke-52. Merdeka!

Tugas Juruteknik F17

Saya disini meminta jasa baik pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak BTP kalau boleh tolong semak senarai tugasan juruteknik F17 yang dihantar ke sekolah. Minta ditambah pada frasa-frasa tertentu supaya juruteknik ini hanya menjalankan tugas yang berkaitan dengan tugas mereka dan bukan sebagai pengganti kerani, penghantar surat, mencatat surat masuk, mencari guru dan sebagainya.

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru 2009 buat semua ahli dan diharap tahun ini kita dapat berjumpa lagi terutamanya yang di Perak. Semoga kursus pembinaan laman web seperti yang dicadangkan dapat diadakan secepat mungkin.

Kursus eduwebtv

Saya dari sk sultan idris 2, teluk intan. hari ni saya sedang kursus eduwebtv. pada dasarnya memang boleh berjalan lancar tapi bila dah daftar nak login asik tak boleh. member lain pun sama. ada yang dapat ada yang tak. langsung tergendala. nak daftar semula pun dah tak boleh. JU pun dah pening. kalau ada yang nak datang kursus nanti di daerah masing-masing, saya cadangkan daftar semasa kursus. kalau masalah boleh JU buat laporan kat syarikat mereka.

Bengkel bina laman blog sekolah

aku memang tak tahu nak bina laman web. ini kira nasib baik, balik dari hari tu aku dapat surat untuk kursus laman blog sekolah oleh PKG. hari ni aku mula kursus. dah siap nanti aku paparkan. minta tolong komen.

Syndicate content