Salam Sejahtera kepada Komuniti Perak dan Kota Kinabalu
Mesyuarat bersama Komuniti Perak terpaksa ditangguhkan pada awal tahun hadapan. Oleh kerana terdapat banyak permintaan kursus membangun laman web sekolah, kursus yang berkaitan telah dirancang. Untuk komuniti Perak, kursus dicadangkan di SK Sri Ampang manakala komuniti Kota Kinabalu, kursus akan diadakan di tempat sifu Sahibil di Maktab Sabah. Tujuan diadakan di sekolah-sekolah sifu adalah untuk menjadikan sekolah-sekolah berkenaan sebagai benchmark dalam kita menjayakan pelbagai inisiatif ICT di sekolah.
layari blog sek saya di http://sktc2008.blogspot.com
Mohon jasa baik daripada pihak BTP KL, supaya dapat menganjur lebih banyak kursus-kursus / bengkel-bengkel yang berkaitan dengan pembestarian sekolah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Di sini saya ingin memohon kepada BTP agar dapat memberikan akses sekolah di tempat saya mengajar iaitu SK. Kelanahan, Papar Sabah pada masa akan datang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya ahli baru dalam rangkaian ini dan di sini saya ingin memohon kepada BTP agar diadakan kursus Membina Laman Web seperti yang dicadangkan dalam pertemuan di BTP Kota Kinabalu bagi memberi pengetahuan dan kemahiran guru menggunakan akses dengan lebih baik dan mencapai sasaran Kementerian Pelajaran untuk kegunaan pelajar mencapai maklumat semaksimum yang boleh.
Sekian
Selamat malam semua.
Boleh saya tahu... berapa jumlah masa mengajar seminggu yang sepatutnya sesuai dengan tugas sebagai guru ICT sekolah rendah???????
Bagi saya lebih kurang 29-30 waktu mengajar/minggu, saya rasa itu agak berat. Apa pendapat kamu??? Bagaimana dapat saya selesaikan masalah ini???
Hai kawan tolong bantu...
1. Ada apa-apa perisian yang sesuai untuk guru.....
2. Apa perisian atau program yang sesuai digunakan untuk murid-murid sekolah rendah???
Selamat malam.
"Line" Internet di sekolah saya memang tidak berfungsi. Untuk mengaktifkan penggunaan Pusat Akses sekolah mungkin kita boleh memohon pemasangan streamyx. Bagaimana caranya, apa saluran yang patut kita buat???
Seseorang itu boleh melakukan sesuatu kerja dengan baik dan bermutu. Syaratnya ialah dia mesti menguasai segala ilmu dalam bidangnya. Setuju tak ??
Saya minta jasa baik dari JPN dan BTPN sekiranya ada apa-apa kursus kursus yang berkaitan di Kota Kinabalu tolong jangan tinggalkan saya.
Terima kasih.
Seseorang itu boleh melakukan sesuatu kerja dengan baik dan bermutu. Syaratnya ialah dia mesti menguasai segala ilmu dalam bidangnya. Setuju tak ??
Saya minta jasa baik dari JPN dan BTPN sekiranya ada apa-apa kursus kursus yang berkaiatan di Kota Kinabalu tolong jangan tinggalkan saya.