| Pengenalan |
|
|
| Ditulis Oleh Administrator | |
![]() Lokasi Karnival Pembestarian Sekolah 2009 BTP sebagai agensi utama Pembestarian Sekolah perlu bertindak aktif untuk memasarkan idea Pembestarian Sekolah ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Kejayaan Pembestarian Sekolah sangat bergantung kepada sokongan dan pelaksanaan konsep pembestarian di sekolah yang berteraskan kepada penggunaan secara berkesan teknologi pendidikan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman perlu turut terlibat dengan pembestarian sekolah. Cabaran besar yang dihadapi dalam Pembestarian Sekolah adalah untuk memastikan semua sekolah menggunakan produk dan perkhidmatan teknologi pendidikan. Aktiviti bercorak Karnival dapat menjadi saluran untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat luar bandar tentang Pembestarian Sekolah dan pengisiannya. Melalui Karnival yang turut disertai oleh agensi kerajaan dan swasta dapat membawa kemahiran-kemahiran abad 21 yang menjadi salah satu pengukur kejayaan Pembestarian Sekolah kepada sekolah dan masyarakat luar bandar. Bagi menyebar luas maklumat dan menggalakkan penggunaan produk dan perkhidmatan BTP yang menjadi asas kepada Pembestarian Sekolah, Karnival Teknologi Pendidikan ini dapat dijadikan platform bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan teknologi pendidikan yang dihasilkan oleh BTP, Bahagian-bahagian lain KPM dan syarikat swasta. Karnival dirancang untuk memberi pengalaman hands-on kepada masyarakat luar bandar untuk mencuba dan meningkatkan kemahiran perbagai produk dan perkhidmatan teknologi pendidikan di samping mendedahkan produk dan perkhidmatan baru yang dapat meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran. Penglibatan pihak swasta dapat membantu mendedahkan pelbagai peralatan teknologi lain yang terdapat di pasaran yang dapat menarik minat masyarakat terhadap penggunaan teknologi di dalam pendidikan. Adalah diharapkan dengan penganjuran karnival ini dapat mengurangkan jurang digital antara penduduk bandar dengan penduduk luar bandar. Lanjutan dari karnival ini, dapat dilaksanakan pemantauan dan khidmat bantu berterusan untuk memastikan kejayaan Pembestarian Sekolah melalui jalinan kerjasama PKG, BTPN, PPD, Nazir Negeri dan JPN.
|
|
| Kemas Kini Terakhir ( Wednesday, 25 March 2009 ) |











 [320x200].jpg)



