Informasi Karnival
Menu Utama
Informasi Karnival
Promosi
Berita
JK Induk Karnival
Pameran
Laman Komuniti
Penginapan
Pautan Pendidikan
Hubungi Kami
Refleksi Pengunjung
Galeri Karnival
Inisiatif ICT
Pelan Induk PIPP
Pusat Akses Sekolah
PPSMI
Schoolnet
TV Pendidikan
Perisian Kursus BTP
Makmal Komputer
Teknologi Pendidikan
Pautan

  

       REFLEKSI PENGUNJUNG

 


 

 

Ranking
PPDHL Ranking System For Malaysia School's Sites and Portals
Hit Counter
Bilangan Pelawat
Statistik

Dibangunkan oleh:
Unit Pengurusan Data Dan Maklumat, PITP
Pengenalan Cetak E-mail
Ditulis Oleh Administrator   
Image
Lokasi Karnival Pembestarian Sekolah 2009
BTP sebagai agensi utama Pembestarian Sekolah perlu bertindak aktif untuk memasarkan idea Pembestarian Sekolah ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Kejayaan Pembestarian Sekolah sangat bergantung kepada sokongan dan pelaksanaan konsep pembestarian di sekolah yang berteraskan kepada penggunaan secara berkesan teknologi pendidikan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman perlu turut terlibat dengan pembestarian sekolah. Cabaran besar yang dihadapi dalam Pembestarian Sekolah adalah untuk memastikan semua sekolah menggunakan produk dan perkhidmatan teknologi pendidikan.
Aktiviti bercorak Karnival dapat menjadi saluran untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat luar bandar tentang Pembestarian Sekolah dan pengisiannya. Melalui Karnival yang turut disertai oleh agensi kerajaan dan swasta dapat membawa kemahiran-kemahiran abad 21 yang menjadi salah satu pengukur kejayaan Pembestarian Sekolah kepada sekolah dan masyarakat luar bandar. Bagi menyebar luas maklumat dan menggalakkan penggunaan produk dan perkhidmatan BTP yang menjadi asas kepada Pembestarian Sekolah, Karnival Teknologi Pendidikan ini dapat dijadikan platform bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan teknologi pendidikan yang dihasilkan oleh BTP, Bahagian-bahagian lain KPM dan syarikat swasta.

Karnival dirancang untuk memberi pengalaman hands-on kepada masyarakat luar bandar untuk mencuba dan meningkatkan kemahiran perbagai produk dan perkhidmatan teknologi pendidikan di samping mendedahkan produk dan perkhidmatan baru yang dapat meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran. Penglibatan pihak swasta dapat membantu mendedahkan pelbagai peralatan teknologi lain yang terdapat di pasaran yang dapat menarik minat masyarakat terhadap penggunaan teknologi di dalam pendidikan.
Adalah diharapkan dengan penganjuran karnival ini dapat mengurangkan jurang digital antara penduduk bandar dengan penduduk luar bandar. Lanjutan dari karnival ini, dapat dilaksanakan pemantauan dan khidmat bantu berterusan untuk memastikan kejayaan Pembestarian Sekolah melalui jalinan kerjasama PKG, BTPN, PPD, Nazir Negeri dan JPN.

 

 
Kemas Kini Terakhir ( Wednesday, 25 March 2009 )
 
Masa Itu Emas
Hari Ini
Perkongsian Pintar


Perisian Kursus

 


Info Terkini

KARNIVAL PEMBESTARIAN SEKOLAH

Pada 9 - 12 April 2009,
Jam 8.00 pagi-6.00 petang
Di SMKA Sandakan, Sandakan,
Datanglah beramai-ramai,
Jangan tak datang.
Jumpa di sana ...


----------##----------

PROGRAM PEER COACHING SEMPENA
KARNIVAL PEMBESTARIAN SEKOLAH

Pada 2 - 6 Mac 2009,
Jam 8.00 pagi-4.00 petang
Di PKG Sandakan, Sandakan,
Seramai 18 orang pegawai dari BTP, BTPN, PTPB dan PKG terlibat
Harap maklum


----------##----------



Radio Web
http://rnd.moe.edu.my/karnival,
Hak Cipta Terpelihara © 2008 - Sektor PITP, Bahagian Teknologi Pendidikan
Penafian
Bahagian Teknologi Pendidikan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.