|
KARNIVAL PEMBESTARIAN SEKOLAH |
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Wednesday, 24 September 2008 |
|
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), sebagai agensi utama program Pembestarian Sekolah Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengadakan Karnival Pembestarian Sekolah buat julung kalinya di Jempol, Negeri Sembilan. Karnival telah berlangsung dari 22 hingga 24 Ogos 2008 di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Karnival tersebut telah dikunjungi lebih kurang 1,500 orang, kebanyakannya dari kalangan guru dan murid. Karnival Pembestarian Sekolah ini merupakan satu program outreach yang bertujuan menggalakkan penggunaan bahan teknologi pendidikan di kalangan murid dan guru serta masyarakat di kawasan luar bandar. Oleh itu, sasaran utama karnival ini tidak lain dan tidak bukan guru dan murid-murid supaya objektif merapatkan jurang pendidikan antara murid sekolah bandar dan luar bandar seperti yang jelas ternyata dalam teras keempat Pelan Induk |
|
|
Kemas Kini Terakhir ( Wednesday, 24 September 2008 )
|
|
Keseluruhan artikel...
|